Dashboard
Home
http://my.churpchurp.com/images/campaign/my/cpc/15933/21594.png
About Me •
Archive •
Contact Me •
TnC

Soalan PMR 2012 Agak Pelik: Dalam kata lain, SOALAN PMR TAHUN NI SUSAH >.< !!!!!


The first Malay language post. Let's hope I don't get embarrass for my terrible use of Malay language.

=======
Sepanjang cuti persekolahan ni, saya asyik baca artikel kpop di website ni. Dan saya amat amat amat amat AMAT bersyukur kerana semua pengarang website tersebut mengajar saya menjadi seorang yang berfikiran kristis terhadap statement/pendapat orang lain. Orang pertama yang cuba mengajar saya untuk berfikiran kristis ialah mak saya tapi masa tu tak faham sebab dulu saya tak berapa matang untuk memahami kata-kata mak.

Okay, awal pagi tadi, kawan ada share satu artikel daripada Utusan Malaysia di facebook.

Kalau tak dapat baca, meh saya dengan rajinnya menulis balik isi artikel yang menjadi perbincangan kita hari ni. (HAZIQ PENIPU!! Sebenarnya kau copy paste dari sini....hampeh ==')

WALAUPUN Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012
hampir sebulan lebih telah berakhir, baru sekarang
saya berpeluang menilai kualiti soalan-soalan PMR 2012. 

Saya dapati soalan PMR tahun ini keseluruhannya agak 
mencabar. Ada sesetengah soalan mudah tetapi jika 
dianalisis, kehendak soalan atau kehendak jawapan
tidak mudah dan kebanyakan mengelirukan.

Saya hairan mengapa nasib pelajar yang lahir pada 1997
(kebanyakan) menerima nasib menghadapi setiap 
peperiksaan utama agak mencabar contohnya UPSR 
2009. Adakah anak-anak yang lahir pada 1997
akan menghadapi perkara yang sama untuk SPM nanti pada tahun 2015?

Secara keseluruhan soalan PMR 2012 agak 'PELIK':
1) Bahasa Malaysia antaranya memang terlalu mencabar, 
    seolah tidak setaraf dengan pemikiran pelajar yang 
    berusia 15 tahun.
2) Sejarah 80 peratus kemahiran berfikir atau lebih 
    kepada pengetahuan am.
3) Bahasa Inggeris 40 peratus tidak mengikut format
    seperti soalan-soalan tahun lepas.
4) Geografi kebanyakan soalan berkait dengan sejarah, 
    mungkin agak payah bagi sesetengah pelajar yang 
    biasa dengan soalan secara terus (direct).
5) Soalan Sains yang perlu banyak menggunakan logik
    dan kemahiran berfikir serta pengetahuan luar 
    biasa pelajar.
6) Pendidikan Agama Islam soalan berkenaan dengan 
    'Maasum' yang tidak pernah dijadikan soalan pada 
    tahun-tahun lain.

Saya dan juga ibu bapa lain juga berharap agar maklum 
balas ini tidak dipandang sepi oleh pihak Lembaga
Peperiksaan. 

Walaupun bertujuan untuk menaik taraf kualiti dan juga 
transformasi pelajar, pihak Lembaga Peperiksaan perlu 
peka tahap pemikiran pelajar yang baru berusia 15 
tahun. Tidak semua pelajar cemerlang, apa akan
berlaku kepada pelajar yang sederhana dan tidak
berapa cemerlang bila mendapat keputusan PMR 2012 nanti? 

Harap pihak Lembaga Peperiksaan dan Kementerian 
Pelajaran membuat pertimbangan dengan sewajarnya.
Benda pertama yang terfikir dalam minda saya apabila baca artikel di atas ialah...
Budak ni cuba buat alasan PMR tahun ni susah ke?
Ya, saya tahu apa yang saya kata tu akan menggores hati si penulis aduan (?) ni. Tapi statement "soalan PMR tahun ni pelik" boleh disangkalkan dan boleh dikira sebagai invalid statement.
1) Bahasa Malaysia antaranya memang terlalu mencabar, 
    seolah tidak setaraf dengan pemikiran pelajar yang 
    berusia 15 tahun.
Okay, kertas BM (lagi-lagi kertas 1) tidak dapat dinafikan susah. Macam si penulis cakap, ada yang senang ada yang susah. Tetapi nak dikatakan tidak setaraf dengan pemikiran pelajar PMR tahun ni...is just....dumb. Saya tidak faham sebab standard soalan tahun ni adalah sama dengan soalan-soalan tahun lepas dan SEPATUTNYA menjadi kebiasaan bagi pelajar yang SEPATUTNYA sudah lali menjawabnya ni kerana banyak buat latih tubi/kertas percubaan negeri lain/kertas PMR yang lepas/perbincangan dengan guru pada tahun ni.

Dan untuk BM kertas dua...well to be fair Bahagian A(i) Ringkasan memang susah sikit terutamanya dalam hal mencari isi-isi penting. Tetapi, kita tak boleh expect Lembaga Peperiksaan untuk buat soalan yang meberi kita nampak isi penting petikan secara terang benderang. Kalau begitulah, kualiti soalan akan merosot dan gred purata akan meningkat since soalan itu senang untuk skor. Dan saya quote
"standard soalan tahun ni adalah sama dengan soalan-soalan tahun lepas dan SEPATUTNYA menjadi kebiasaan bagi pelajar yang SEPATUTNYA sudah lali menjawabnya ni kerana banyak buat latih tubi/kertas percubaan negeri lain/kertas PMR yang lepas/perbincangan dengan guru pada tahun ni."
Case close.

2) Sejarah 80 peratus kemahiran berfikir atau lebih 
    kepada pengetahuan am.
80% kemahiran berfikir? Lebih kepada pengetahuan am? Setahu saya soalan Sejarah sepatutnya berkaitan dengan pengetahuan am kerana Sejarah itu fakta. Lagipun, pengalaman saya menjawab latih tubi dan soalan percubaan Sejarah dari pelbagai negeri yang diberi oleh guru membawa saya kepada kesimpulan bahawa soalan Sejarah PMR tahun ini tiada apa-apa perbezaan dengan soalan Sejarah PMR tahun-tahun terdahulu, latih tubi, dan kertas percubaan PMR dari pelbagai negeri.

3) Bahasa Inggeris 40 peratus tidak mengikut format
    seperti soalan-soalan tahun lepas.
Mungkin si penulis tak pernah jawab kut soalan latih tubi Bahasa Inggeris yang berformat baru (kalau tak silap, yang diperkenalkan akhir tahun lepas). Plus, pelajar tingkatan 3 di sekolah saya sudah diberitahu oleh guru panitia Bahasa Inggeris bahawa format soalan PMR tahun ni telah berubah. Takkan guru Bahasa Inggeris si penulis tak beritahu tentang pertukaran format awal tahun haritu? 

4) Geografi kebanyakan soalan berkait dengan sejarah, 
    mungkin agak payah bagi sesetengah pelajar yang 
    biasa dengan soalan secara terus (direct).
Da heck is the meaning of this? Maaf saya tak faham aduan (?) anda, wahai si penulis.
   
5) Soalan Sains yang perlu banyak menggunakan logik
    dan kemahiran berfikir serta pengetahuan luar 
    biasa pelajar.
Bukankan Sains dan Matematik merupakan subjek berdasarkan logik akal? And of course, subjek Sains memerlukan kemahiran berfikir selain daripada kemahiran menghafal fakta sains dan memahaminya sebab kalau kemahiran berfikir merupakan aspek yang tidak wujud dalam pembelajaran Sains, apakah tujuannya Kementerian Pendidikan memperkenalkan PEKA?

Dan berkenaan dengan pengetahuan luar biasa pelajar, wahai si penulis, pernah tak jawab soalan Checkpoint dalam buku teks Sains? Itu sahaja yang saya nak tanya...

6) Pendidikan Agama Islam soalan berkenaan dengan 
    'Maasum' yang tidak pernah dijadikan soalan pada 
    tahun-tahun lain.
Berkenaan dengan Maksum, uhm....topik itu terdapat dalam silibus pembelajaran kitalah. Bukti? Dalam bab Akidah, dalam topik Ismatul Rasul. Ismatul Rasul dan Maksum ialah perkara yang sama. Kalau pernah jawab soalan latih tubi atau soalan kertas percubaan dari negeri lain, ada peluang untuk stumble upon soalan ini. Betapa hebatnya kuasa membuat latihan...


Kesimpulannya, persoalan kepada hal ini bukannya kenapakah soalan PMR tahun ni pelik atau tidak atau susah atau senang. Persoalannya berbalik kepada adakah kita cukup bersedia untuk menghadapi PMR tahun ni. Saya di sini bukan bercakap sebagai seorang pelajar genius atau pelajar cemerlang, tetapi sebagai seorang pelajar yang telah menghadapi PMR dan menyedari hakikat bahawa belajar itu penting dalam kehidupan (cakap macam ni sebab rasa tak cukup belajar untuk PMR). Kalau kita belajar bersungguh-sungguh since tahun lepas atau awal tahun 2012, kita takkan cakap dengan senangnya bahawa PMR tahun ni pelik atau susah. Semuanya akan berjalan dengan lancar sebab kita berusaha...

Tetapi, mungkin si penulis aduan (?) ni tulis sebagai luahan perasaan kut. Result PMR dah nak keluar, jadi dia takut sebab dia rasa dia tak cukup belajar untuk PMR tahun ni. Takpe ERRY'Z (whatever your name is), I can relate to you :P .
P/S: Kalau Lembaga Peperiksaan turunkan gred PMR
tahun ni and many students got straight As, we have to
thank Erry'z forstating this. But at the same time, we can
conclude that majority students in Malaysia fail to
achieve the Ministry of Education's standards.

No comments: